Mesin Jahit Terbaik Untuk Pemula (Beginner) Yang Anda Boleh Beli di Malaysia
Mesin Jahit Untuk Pemula (Beginner)
Apa Yang Perlu Dilihat Sebelum Membeli Mesin Jahit Untuk Pemula (Beginner)
Sebelum membeli sebuah mesin jahit, sebagai permulaan, sudah pasti anda mahukan mesin jahit yang tahan lama dan mudah dikendalikan. Pertama sekali, anda perlu melihat setiap ciri mesin jahit tersebut. Selain itu, anda juga perlu mengetahui mesin jahit itu digunakan untuk apa seperti menjahit pakaian atau langsir, dan lain-lain.
Berikut adalah beberapa ciri yang dapat membantu anda dalam pengalaman menjahit kali pertama:
- Cari mesin jahit yang mudah digunakan seperti ada corak jahitan berbeza yang tersedia (built-in stitches). Hanya dalam beberapa minit, anda dapat menjahit tanpa menghadapi masalah. Elakkan mencari mesin jahit yang mempunyai banyak sistem atau corak benang yang kompleks.
- Cari tahu adakah mesin jahit tersebut membolehkan anda menukar jarum dengan mudah atau tidak.
- Mudah alih dan berat mesin jahit juga merupakan faktor utama kerana ia mudah dibawa ke mana sahaja anda pergi, terutamanya ke kelas menjahit. Sekiranya mesin jahit terlalu besar, ia boleh memakan banyak ruang di rumah anda.
Sekiranya anda merancang untuk mengikuti bengkel menjahit secara dalam talian atau kursus secara fizikal di kedai, kadangkala mereka ada menyediakan pakej yang merangkumi mesin jahit untuk anda ambil. Oleh itu, anda boleh memilih pakej yang ditawarkan yang dapat menjimatkan anda.
Anggaran Harga Mesin Jahit untuk Pemula (Beginner)
Perkara lain yang perlu diperhatikan sebelum anda membeli mesin jahit sebagai permulaan adalah anda perlu menetapkan harga terlebih dahulu. Bergantung pada jenis mesin jahit, anggaran harga terdapat dua bahagian: mesin jahit untuk pemula (beginner) kelas bawah dan kelas atas.
Mesin jahit kelas bawah berharga antara RM500 hingga RM900 yang dilengkapi dengan semua fungsi asas dan ciri-ciri yang sesuai untuk projek yang lebih kecil.
Mesin jahit kelas atas berharga antara RM1,000 hingga RM3,000 yang dilengkapi dengan fungsi asas dan tugas yang lebih kompleks, sesuai untuk mereka yang mampu memiliki mesin jahit yang lebih canggih.
Ciri-ciri Mesin Jahit Untuk Pemula (Beginner)
Terdapat banyak jenis mesin jahit, mesin jahit berkomputer atau mesin jahit mekanikal antara yang lebih popular. Berikut adalah beberapa ciri yang harus dimiliki oleh mesin jahit untuk yang baru mula belajar:
- Lengan bebas (free arm) untuk membolehkan anda membuat lengan baju dan manset.
- Lampu LED untuk membolehkan pandangan yang lebih jelas semasa menjahit di bawah lampu yang malap.
- Corak jahitan berbeza yang tersedia (built-in stitches) untuk menjahit dengan lebih cekap.
Mesin Jahit Yang Disyorkan Untuk Pemula (Beginner)
Janome Portable Sewing Machine JJ1004G
Ciri-ciri utama:
- 11 jahitan penting
- Jahitan lubang butang yang tersedia
- Pemotong benang sisi
- Lengan bebas (free arm) yang boleh ditukar
- Ringan
- Boleh menjahit pelbagai jenis bahan
- Set tapak disertakan
Harga: RM899.00
Para pemula (beginner) dapat menggunakan mesin jahit ini tanpa perlu bersusah payah kerana mesin ini dapat bergerak dengan lancar dan berkualiti. Janome JJ1004G akan menjadi pilihan yang bagus untuk mereka yang mempunyai anggaran bajet yang rendah kerana ia dianggap sebagai kategori mesin kelas bawah. Berbekalkan sistem penyimpan benang dihadapan (front-loading hook system), tukang jahit dapat membuat jahitan asas dan membaiki pakaian dengan mudah.
Sebagai perbandingan dengan mesin jahit lain untuk permulaan seperti mesin jahit Singer 3223G yang beberapa pelanggan mempunyai masalah dengan alat tempat menggulung benang (bobbin thread) dan masalah ketegangan, Janome JJ1004G membenarkan kedua-dua benang halus dan kasar sementara ia juga terdiri daripada tugas berat motor (heavy duty motor). Ini membolehkan tukang jahit menjahit kain yang tebal (denim) dengan mudah.
Janome Creative Sewing Special Edition
Ciri-ciri utama:
- Boleh membuat sehingga 30 jenis jahitan seperti Overlocking, Piping, Quilting & Sulaman
- Mempunyai butang mula
- Benang automatik
- Kawalan kelajuan
- Fungsi mengunci auto
- Ringan dan mudah alih dengan berat hanya 6kg
Harga: RM2,299.00
Sama seperti memandu kereta, kawalan kelajuan Janome Creative Sewing Special Edition bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dipelajari dan dikawal. Bagi mereka yang mempunyai anggaran bajet yang besar, mesin jahit ini sesuai dengan ciri-ciri tambahan seperti pelbagai jenis tapak dan corak jahitan. Ia juga sesuai untuk tukang jahit yang gemar menjahit pakaian, kantung dan sebagainya. Sekiranya ini adalah sesuatu yang ingin anda terokai ketika pertama kali menjahit, maka anda pasti perlu menggunakan mesin Janome Creating Sewing Special Edition.