Bisnes Dari Rumah

Bisnes dari rumah di Malaysia telah wujud sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, kesan pandemik baru-baru ini telah menyebabkan berniaga di rumah semakin mendapat tarikan. Kini, ia menjadi lebih popular!

Memandangkan seseorang boleh memperoleh wang atau keuntungan dari keselesaan rumah mereka sendiri, ia adalah pendekatan yang menarik untuk dunia perniagaan. Apatah lagi menjalankan bisnes dari rumah adalah lebih selamat dan lebih murah.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang bisnes dari rumah di Malaysia, teruskan membaca!

Apakah Bisnes Dari Rumah?

Bisnes dari rumah dijalankan dari rumah sendiri dan ia boleh dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Antara idea perniagaan di rumah adalah seperti menjahit, memasak, dan mengasuh. Dalam norma semasa, terdapat lebih banyak idea bisnes dari rumah. Ini termasuk penghantaran dropship, e-dagang, pemasaran, penjagaan, membuat konten, perundingan, perakaunan dan perkhidmatan lain.

Selagi anda mempunyai sambungan internet yang kuat, masa dan alatan yang betul, anda semua boleh kerja work from home di Malaysia. Perkara yang disebutkan agak mudah untuk disediakan, dan ia mempunyai kepentingan praktikal berdasarkan situasi kontemporari. Sila ambil perhatian, pelbagai jenis kerja kosong work from home di Malaysia akan mempunyai kriteria, ciri pekerjaan dan faedah yang berbeza.

Mengapa Bisnes Dari Rumah Penting?

Berniaga di rumah mungkin tidak memerlukan acara perasmian, tetapi ia menyediakan lebih banyak lagi. Bisnes dari rumah dilahirkan daripada bakat dan kebolehan orang-orang tempatan kita untuk melabur wang dalam komuniti, meluaskan pemilikan kepelbagaian perniagaan, dan seterusnya meningkatkan kekayaan dan ekuiti komunal.

Mereka menyediakan produk yang unik dan berpotensi untuk memajukan negara. Memandangkan mereka mempunyai sesuatu yang istimewa dalam komuniti, menawarkan lebih banyak peluang bisnes dari rumah di Malaysia akan membantu mewujudkan akar yang mendalam untuk membantu sebuah bandar, malah negara untuk berjaya dalam jangka masa panjang.

Hasilnya, setiap bandar boleh memperoleh dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan yang berkembang kerana setiap komuniti mempunyai akses kepada bakat tempatan dan pekerja mahir. Untuk meningkatkan hasil tempatan mereka, adalah perlu untuk melabur serta menyokong bisnes dari rumah di Malaysia dan ekosistem yang mereka harus ada untuk berkembang maju.

Bagaimana Bisnes Dari Rumah Memberi Impak Kepada Isi Rumah?

Bisnes dari rumah mempunyai banyak impak positif kepada isi rumah, terutamanya apabila berkata tentang masa. Seperti yang kita tahu, masa tidak boleh dibeli, jadi sementara anda ada masa itu, haruslah anda memanfaatkannya sebaik mungkin.

Anda mempunyai pilihan untuk menetapkan waktu kerja anda sendiri apabila anda berniaga di rumah. Bila hendak menyiapkan kerja dan bila hendak berehat terpulang kepada anda kerana jadual kerja anda sepenuhnya di tangan anda. Selain itu, ia juga membolehkan anda mengimbangi kedua-dua kehidupan profesional dan peribadi anda.

Seterusnya, anda bebas meluangkan masa bersama keluarga dan mempunyai kebebasan yang lebih besar untuk mengendalikan tanggungjawab rumah tangga. Sebagai contoh, anda boleh memasak dan membersihkan rumah sambil menjalankan perniagaan di rumah.

Lebih-lebih lagi, jika anda seorang ibu bapa, dapat melihat anak-anak anda ke sekolah dan pulang adalah perkara yang paling berharga. Di samping itu, pejabat anda berada di ruang tamu menjadikannya lebih mudah untuk menyediakan penjagaan jika seseorang dalam rumah anda jatuh sakit.

Tetapi, seperti dimana-mana, semua perkara ada pasang surutnya, termasuk bisnes dari rumah. Ia sepenuhnya bergantung pada cara anda menguruskan diri anda semasa menjalankan bisnes dari rumah.

Mengapa Menjahit adalah Bisnes Dari Rumah yang Baik?

Menjahit adalah kemahiran berharga yang perlu dimiliki, dan ia mempunyai banyak potensi untuk menjadi bisnes dari rumah di Malaysia. Bisnes jahitan boleh disesuaikan untuk pelbagai latar dan gaya hidup, menjadikannya sesuai untuk ibu bapa, ibu tunggal, pelajar, dan lain-lain.

Anda tidak memerlukan banyak ruang untuk memulakan bisnes jahitan di rumah—hanya sedikit ruang kosong di rumah anda sudah mencukupi. Apabila anda melihat hasil jahitan tangan anda sendiri, tiada perkara yang lebih baik daripada itu. Anda bukan sahaja dapat menjahit untuk orang tersayang, namun anda juga boleh menjamin pendapatan daripada hasil air tangan anda. Bisnes jahitan di rumah juga merupakan perniagaan kos rendah jadi sesiapa sahaja boleh memulakannya jika mereka ingin berbuat demikian.

Anda tidak perlu menjadi pakar dalam setiap bidang. Sebagai contoh, Damiana telah menubuhkan syarikat jahitannya, DamianaJun Pakar Tilam Handmade, pada 2018 dalam membuat tilam untuk si kecil dan perniagaannya kini semakin berkembang pesat. Selain itu, Siti juga telah menjadi usahawan jahitan pada tahun 2021 dan ia adalah antara keputusan terbaik yang pernah dibuatnya, seperti yang disebut beliau.

Satu lagi inspirasi yang anda boleh lihat adalah daripada Asma’ yang hanya bermula dengan ibunya, adik perempuannya yang kurang upaya serta Mesin Jahit Janome MC500E. Anda cuma harus pilih bidang kepakaran anda supaya anda tahu di mana titik permulaannya. Walau apa pun keadaannya, menjalankan kerja jahit dari rumah boleh memberikan pulangan yang sangat lumayan.

Testimoni Pelanggan

Seperti yang boleh dilihat di bawah, terdapat ramai orang cari kerja jahit dari rumah. Tiada yang lebih bermakna dari melihat senyuman lebar di wajah mereka, serta masing-masing mempunyai cerita untuk dikongsi tentang sebab mereka memilih untuk memulakan bisnes jahit sebagai perniagaan di rumah.



Anda boleh melihat banyak kisah inspirasi tentang bagaimana mereka menjadi usahawan jahitan di sini. Dari ibu tunggal, suri rumah, ahli perniagaan, remaja, anak perempuan, anak lelaki, ibu bapa serta yang sudah bersara, semuanya mempunyai semangat dan cinta untuk menjahit. Tidak dapat dinafikan juga bahawa bisnes jahit mereka juga semakin berjaya dari masa ke masa.

Apabila anda bersara, tekanan untuk mengekalkan jaminan masa depan boleh menjadi agak mencabar, namun, itu tidak boleh menjadi sebagai penghalang. Seperti Puan Aliah, beliau telah memulakan bisnes jahitan dari rumah selama 3 tahun selepas bersara, dan dia mengatakan bahawa bisnes jahitan ini adalah sangat lumayan bagi seseorang yang ingin mencari pendapatan lebih.

Selain itu, bisnes jahitan dari rumah juga telah membuktikan bahawa seorang suri rumah juga boleh menjana pendapatan yang lumayan. Daripada anda menjaga anak-anak dan memasak di rumah tanpa melalukan aktiviti yang lain, anda boleh lakukan sesuatu yang lebih daripada itu. Contohnya, Puan Mary menggunakan segala masa lapangnya untuk mempelajari serta menghasilkan hasil seni jahitan sebagai bisnes jahitannya dari rumah. Harapan beliau adalah untuk wanita di luar sana menggunakan kelebihan tersebut.



Lebih banyak dapat dilihat di sini di mana Kelantan telah melahirkan lebih ramai usahawan jahitan di negara ini. Bagi mereka yang berada di Timur Malaysia, anda boleh menemui inspirasi anda di sini dan juga di sini! Anda boleh dapatkan beberapa petua tentang cara mula kerja jahit dari rumah bersama mereka.

Jadi, apa tunggu lagi? Jika anda ingin bisnes dari rumah, inilah masanya.